Jika pembaca antara salah seorang yang percaya kewujudan Dinosaur,
pembaca juga adalah salah seorang antara jutaan manusia yang percaya
wujudnya hidupan sebelum Nabi Allah, Adam as. Kemungkinan ramai antara
pembaca semua tidak sedar akan hakikat ini bukan?.
Persetujuan daripada ahli arkeologi menyatakan bahawa tamadun
pertama yang wujud di muka bumi adalah tamadun Mesopotamia iaitu sekitar
4000BC. Jika sekarang kita berada di tahun 2010, ini bermakna tamadun
Mesopotamia adalah berusia :
4000BC+2010AD=
6010 tahun
Dan
ia juga bermakna, Tamadun Mesopotamia telah mencapai usia 60 abad.
Manakala, agama pertama di dunia yang di rekodkan iaitu agama Hindu
telah dibentuk seawal 3000BC iaitu ketika permulaan tamadun Indus di
India. Disebabkan agama Hindu terlampau awal dibentuk, sehingga kini
tidak diketahui siapakah sebenarnya pengasas agama Hindu ini.
Agama Hindu yang terdapat pada hari ini
tidaklah sama dengan agama Hindu yang pada mula-mula ia diasaskan.
Sepertimana agama lain, kecuali Islam, setiap agama mengalami perubahan
bahkan terdapat agama yang mengalami perubahan yang ketara sepertimana
agama Yahudi dan Kristian. Disebabkan agama Hindu adalah agama tertua di
dunia, ahli arkeologi yang ingin menyelidik tamadun-tamadun purba akan
mengkaji terlebih dahulu kitab-kitab purba agama Hindu terutamanya Veda
dan itulah yang berlaku sekarang.
Dalam kitab Taurat dan Injil
dalam Book of Genesis, umur Nabi Adam as ada dinyatakan. Nabi Adam as
dikatakan hidup di bumi selama 930 tahun sebelum baginda wafat. Bergitu
juga dengan Hawa yang wafat hampir dengan usia Nabi Adam. Namun, di
dalam al-Quran tidak pula dinyatakan usia Adam namun Rasullulah SAW
pernah menyatakan dalam sabdanya bahawa umur umat terdahulu adalah
panjang dan sihat pula tubuh badan mereka.
Rabbi daripada agama
Yahudi sepakat menyatakan bahawa umur Adam as diturun ke bumi adalah
sekitar 4000BC selari dengan tamadun pertama di dunia di Mesopotamia
iaitu juga sekitar 4000BC.
‘ADAM’ SEBELUM ADAM
Berkenaan
dengan penciptaan Adam, majoriti ulama Islam percaya bahawa Adam dan
Hawa telah dicipta dengan lengkap di Syurga. Mereka kemudiannya dihantar
ke bumi selepas memakan buah yang terlarang. Keturunan mereka mengisi
populasi bumi dan memulakan sejarah manusia.
Akan tetapi Allah
SWT tidak menjelaskan di dalam al-Quran bagaimanakah Adam itu dicipta.
Adakah dia dicipta secara berperingkat atau dengan satu proses sahaja?
Sebahagian ahli Tafsir mendatangkan pandangan bahawa ketika Allah SWT
mencipta Adam, tubuh Adam itu dibiarkan selama 40 tahun sebelum
ditiupkan ke dalamnya roh. Di sini kita boleh melihat dengan jelas
pengaruh tradisi Ancient Persian terhadap tafsiran berkenaan.
Terdapat
juga sebahagian daripada ulama Islam yang menjelaskan bahawa Adam
bukanlah manusia pertama yang dicipta di muka bumi. Mereka berpandangan
bahawa ratusan ribu ‘Adam’ telah wujud sebelum Adam bapa kita. Setiap
satu ‘Adam’ itu telah mempunyai keturunan dan kehidupannya, mereka telah
musnah sepenuhnya dan digantikan dengan ‘Adam’ yang berikutnya
sehinggalah tiba kepada Adam, bapa kita. Adam bapa kita, dianggap
sebagai pusingan terakhir siri ‘Adam’ di muka bumi.
Ada juga ulama yang berpendapat bahawa Adam dan Hawa dicipta bukan di Syurga tetapi di muka bumi dan daripada bumi.
(Lihat al-Maqdisi: Al-Bad’ wa al-Tarikh dan Ibn al-‘Arabi: al-Futuhat al-Makkiyyah)
Ikhwan
al-Safa juga ada menghuraikan tentang hal ini. Mereka menyatakan bahawa
semua haiwan dicipta dari tanah liat kering dan membiak di kawasan
Khatulistiwa yang tidak terganggu oleh perubahan cuaca yang ektrim. Hal
ini memberi ruang kepada pembiakan. Di dalam suasana inilah Adam
tercipta (takawwana). Ikhwan al-Safa juga berpendapat bahawa Adam dan
Hawa hidup di peringkat pertama kehidupan mereka di bumi (Rasaa’il
Ikhwan al-Safa, jilid muka surat 181, 229. Ada kemungkinan konsep ini
diambil dari Bible kerana di dalam Bible, Syurga itu adalah Garden of
Eden, di mana Adam dan Hawa hidup dalam keadaan yang suci)
ZAMAN DINOSAUR?
Jika
dari awal tadi penulis berkata bahawa tamadun pertama di dunia adalah
berusia 4000BC. Sekarang, pembaca akan terkejut apabila menyedari bahawa
zaman Dinosaur adalah jauh lebih lama daripada itu. Penemuan
rangka-rangka dinosour di serata dunia membuatkan saintis percaya bahawa
haiwan ini pernah mendiami bumi ini 61 juta tahun sebelum manusia.
Arkeologi
sepakat menyatakan bahawa kepupusan secara besar-besaran Dinosaur
adalah pada 65 juta tahun yang lampau. Penulis ingin menekankan ayat ini
iaitu Kepupusan. Kepupusan adalah suatu titik di mana sesuatu spesies
lenyap tanpa meninggalkan keturunan. Inilah yang berlaku kepada
Dinosaur.
Eskavasi di tapak arkeologi yang menempatkan
tulang-tulang Dinosaur kebanyakkannya mempunyai tarikh Karbon-12 yang
berusia 65 juta tahun yang lalu. Ia seterusnya membuatkan ahli arkeologi
sepakat mengeluarkan kenyataan bahawa Dinosaur mula pupus sekitar 65
juta tahun yang lampau.
Namun apa yang mengejutkan sebenarnya
adalah tarikh kepupusan iaitu pada 65 juta tahun yang lampau itu.
Berbanding dengan permulaan tamadun manusia yang hanya bermula 4000BC,
ia bagaikan langit dan bumi berbanding tarikh kepupusan Dinosaur.
Seperti
penulis tekankan di awal artikel tadi, barang siapa yang percaya
Dinosaur wujud, maka beliau adalah salah seorang daripada ribuan malah
jutaan manusia yang percaya terdapatnya hidupan sebelum wujudnya
manusia. Dan tarikh kepupusan Dinosaur membuktikan segala-galanya.
Perlu
diketahui bahawa ia adalah tarikh (jangka masa) kepupusan Dinosaur.
Bagaimana pula tarikh permulaan hidupan Dinosaur?. Bagaimana pula dengan
usia Bumi?. Apabila difikirkan daripada logik akal dan logik nakli,
sememangnya terdapat hidupan sebelum turunnya Adam as ke bumi Allah ini.
Pernahkah pembaca mendengar perdebatan antara malaikat dan Allah SWT
semasa Allah mencipta Adam as?
MALAIKAT BERTANYA KEPADA ALLAH SWT
Dan
(ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku
hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. mereka bertanya (tentang
hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan
kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan
menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih
dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku
mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya” (Al-Baqarah 2: 30)
Baris
ayat “orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan
darah”daripada hujah para Malaikat telah menimbulkan seribu satu
persoalan. Bagaimana Malaikat boleh mengetahui tentang rahsia masa depan
manusia sedangkan hanya Allah swt sahaja yang Maha Mengetahui?.
Meskipun
malaikat memiliki keistimewaan berada di Syurga dan Arasy Allah namun
pembaca jangan lupa bahawa malaikat tidak boleh mengetahui rahsia masa
hadapan tanpa izin Allah. Hijab Allah sentiasa tertutup untuk
makhluk-Nya kerana ia adalah perancangan Allah swt untuk perjalanan
setiap makhluk-Nya.
Jadi, bagaimana malaikat boleh mengetahuinya?
HARI-HARI TERAKHIR BUMI SEBELUM TURUNNYA ADAM - MUHAMMAD ISA DAWUD
Cendiakiawan
agama terutama Muhammad Isa Dawud (MID) percaya bahawa terdapatnya
hidupan sebelum penciptaan Adam. Dalam buku bertajuk "Siapa penghuni
Bumi Sebelum Manusia" karya MID, ada persoalan yang dibangkitkan iaitu
bagaimana malaikat tahu bahawa hamba Allah yang bakal dicipta nanti
(Adam & keturunannya) akan membuat ‘kerosakan’ dan ‘menumpah darah’
(berperang). Ini membuktikan sudah ada kehidupan makhluk lain sebelum
manusia yang telah diturunkan syariat Islam. Cuma bezanya makhluk
sebelum Adam berbeza dari segi jasad dan kemampuan intelektual. Namun
mereka derhaka kepada Allah SWT selepas Allah melimpahkan kemewahan
dunia kepada mereka. Akibat kebiadapan mereka menyekutukan, Allah SWT
telah mengazab mereka dengan ‘kiamat’ untuk keseluruhan mereka sehingga
tidak tertinggal walau sedikitpun.
Gambar (di bawah) Saintis
menunjuk uranium-uranium yang terurai (lihat batuan kuning) yang
dianggarkan berusia jutaan tahun yang lampau di Oklo, Afrika.
Menurutnya
ijtihad MID, perpecahan dan peperangan atom sudah terjadi dan
menyaksikan kerosakan bumi yang teruk dan hanya beberapa tempat yang
selamat.Ledakan itu jugalah yang menghancurkan sebahagian besar
peninggalan peradaban sebelum Adam. Beberapa manuskrip dari Sweeden
turut dilampirkan sebagai bukti walaupun ia masih dalam perdebatan para
cendekiawan.
Adakah selepas tamatnya zaman dinosaur, kemudian muncul pula zaman jin?.
JIN PENGHUNI BUMI SEBELUM MANUSIA
Masih
lagi berpandukan pada hujah MID dalam bukunya, disini kita boleh
merenung serta membahaskan beberapa fakta dan hujah yang dikemukakan
oleh beliau. MID menegaskan bahawa, Iblis adalah bangsa Jin yang dididik
oleh malaikat sehingga ‘alim seperti malaikat, namun sifat takabburnya
telah membuatkan Allah murka dan melaknatnya sehingga akhirat. Dengan
itu, Iblis berikrar akan berusaha menyesatkan anak-anak Adam. Kisah ini
diriwayatkan oleh Imam At-Tabari.
Taurat Kuno menyebut sebuah
lagenda yang mengatakan semasa penghijrahan Nabi Musa a.s. bersama 70
orang Bani Israel, sebahagian pengikut Musa telah melihat gambar-gambar
yang aneh di dasar Sungai Nil. Dari gambaran penglihatan mereka
gambar-gambar itu mengisahkan kehidupan peradaban sebelum kedatangan
Adam. Namun, Nabi Musa melarang mereka untuk melengah-lengahkan
perjalanan kerana bimbang tentera Firaun akan sempat mengejar mereka.
Pengikut-pengikut Musa yang telah melihat gambar-gambar itu telah
menulisnya di dalam manuskrip-manuskrip dan diwarisi oleh anak cucu
mereka.
Fakta serta hujah berkenaan dengan kemampuan jin dalam
menghasilkan teknologiatom dan fusion turut dikemukakan oleh MID.
Persoalannya disini ialah, adakah kesan radioaktif yang ditemui di
beberapa buah lokasi di dunia sejak beberapa tahun kebelakangan ini
merupakan suatu 'peninggalan' dari tamadun spesis makhluk yang disebut
sebagai 'jin'?.
MID mengakhiri hujah dalam bukunya dengan satu kesimpulan yang kukuh :
“Nabi Adam telah turun ke bumi sejak berjuta-juta tahun yang
dahulu dan sebelum turunnya Adam, bumi telah dihuni oleh makhluk
mukallaf yang juga diturunkan syariat agama iatu Jin. Bangsa Jin telah
membangunkan peradaban-peradaban yang moden sehingga menuntut mereka
engkar terhadap seruan Allah. Mereka (Jin) bertelagah sesama sendiri
sehingga terjadinya ledakan atom yang menghancurkan sebahagian besar
peninggalan peradaban mereka.
Kemudian Adam diturunkan dan dalam
masa yang sama Allah memperkenankan doa para Jin yang mahukan diri
mereka tidak dapat dilihat oleh manusia. Maka Muhammad Isa Dawud ingin
memahamkan kita peradaban yang maju yang tersisa hingga sekarang itu
ialah peninggalan bangsa Jin kerana hanya golongan jin yang dapat
terbang ke langit, hidup di lautan dan berlari sepantas kilat.”
PENEMUAN YANG MENGEJUTKAN
Rangka berusia 10,000 tahun- Young Hol Chan
Pada
2006, dua orang penyelam Jerman telah tidak sengaja menemui rangka
manusia yang mempunyai saiz kanak-kanak. Dua penyelam daripada Jerman
ini sebenarnya ingin menjelajah satu Cenote di Mexico. Cenote adalah
lubang besar yang ditenggalami air disebabkan oleh luluhawa dan
perubahan rupabumi. Rangka kanak-kanak itu ditemui dalam satu gua di
dalam Cenote tersebut.
Rangka kanak-kanak ini ditemui di gua bawah tanah dekat Tulum,
Mexico. Rangka kanak-kanak yang digelar Young Hol Chan telah diakui oleh
pakar-pakar arkeologi sebagai rangka kanak-kanak tertua yang pernah
ditemui di benua Amerika. Rangka itu berusia 10,000 ribu tahun.!
Berbanding
dengan usia tamadun pertama iaitu sekitar 6010 tahun, rangka ini
sebenarnya telah membuka kunci rahsia tentang ‘manusia’ sebelum
kedatangan Nabi Adam as.
Goat’s Hole Cave, Pavillon, Gower
Pada
1823, seorang professor Geologi di Universiti Oxford, William Buckland
telah menemui rangka manusia yang dianggar berusia kira-kira 18,000 di
sebuah gua di Goat’s Hole Cave di Pavillon, Gower. Di gua inilah rangka
yang berusia 26,000 tahun itu dijumpai.
Namun, baru-baru ini para
pakar telah sekali lagi membuat kajian mengenai usianya dengan
menggunakan alatan yang terkini. Apa yang mengejutkan adalah usianya
sebenarnya adalah 4000 tahun lebih tua daripada yang diketahui dahulu
iaitu 26,000 tahun!.
Gambar (di atas) adalah rangka Red Lady dianggarkan berusia 26,000
tahun. Satu yang menarik mengenai rangka purba ini adalah rangka Red
Lady sebenarnya adalah rangka seorang pemuda dan bukan rangka seorang
wanita sebagaimana namanya.
Gambar (di atas) 600 lukisan purba di Lascaux Cave di Dordogne River
Valley, Perancis telah direkodkan mempunyai usia 17,000 tahun. Ia
ditemui tidak sengaja oleh dua orang remaja pada 1940.
MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH DI MUKA BUMI
Manusia
telah awal-awal lagi, Allah SWT nyatakan bahawa sebagai wakil Allah SWT
di muka bumi. Sememangnya penulis sangat bersetuju tentang kewujudan
makhluk sebelum Adam as namun tidaklah pula penulis bersetuju tentang
teori evolusi yang Charles Darwin asaskan. Bagi penulis, makhluk yang
dicipta sebelum Nabi Adam adalah makhluk misteri. Ada kemungkinan
menyerupai manusia, ada pula kemungkinan menyerupai haiwan akan tetapi
yang pasti adalah mereka telah melakukan kerosakkan di muka bumi. Antara
kerosakan yang pernah mereka lakukan adalah peperangan dan perebutan
kuasa.
Baru-baru ini, saintis bergitu terkejut dengan penemuaan
rangka-rangka manusia yang bergelimpangan di Mohenja-Daro di Lembah
Indus. Apabila diselidik, rangka tersebut telah dicemari dengan
radioaktif akibat letusan nuklear. Apakah makhluk purba pernah
menggunakan senjata canggih sehingga menghuru-harakan bumi Allah swt
ini?
Bagaimana dengan Dinosaur?. Apa yang penulis boleh simpulkan mengenai
haiwan besar yang digelar Dinosour ini adalah haiwan ini kemungkinan
wujud sebelum wujudnya ‘makhluk’ yang melakukan kerosakan tersebut. Ini
bermakna, sebelum wujudnya Adam as sebagai khalifah di muka bumi, telah
wujud berpuluh-puluh makhluk yang Allah SWT wakilkan di muka bumi ini.
Namun, sayangnya, mereka semua leka dengan nikmat Allah swt dan akhirnya
musnahlah tamadun mereka diazab Allah swt.
Akhirnya, manusia
adalah wakil terakhir Allah SWT di muka Bumi ini. Dan kita sebagai umat
Muhammad pula adalah khalifah terakhir daripada wakil terakhir Allah swt
di muka bumi sebelum Allah swt ‘sediakan’ kiamat untuk kita semua.
Sesungguhnya, Adam as bukanlah makhluk pertama tetapi ia adalah manusia
pertama di muka bumi.
Waallahualam..
http://scripters.ning.com/forum/topics/kehidupan-sebelum-nabi-adam